Kejadian di Fun fair
Ok harini tajuk saya ialah takut tinggi..fuhh dengar perkataan takut tinggi pun dh seram untuk saya..Dulu kan masa saya darjah 5,abg saya bawak saya pergi fun fair naik pulak yang pusing2 tu..Allahu masa naik tu tak rasa apa pun tapi bila dia dah pusing memang saya menangis nak turun..mesti semua tanya eh tak malu ka menangis ni??malu la tapi disebabkan tertalu takut ,,semua malu tu letak tepi..kebetulan yang ada dalam tu saya,abg saya dan seorang kakak ni bawa anak buah dia dua orang..anak buah kakak tu rilek jaa siap main2 lagi atas tu yang saya ni menagis dekat kakak tu sambil peluk dia..abang saya sampai malu la..hahaha padan muka sapa suruh ajak saya main benda tu..hehe..
Kejadian di Kolej,Uitm
saya tak tahu la saya ni gayat yang jenis macam mana..Alhamdulillah selama saya dok kolej tu tak pernah lagi la dapat katil atas,,kalau dapat pun memang dh confirm tukar dengan roomate..saya ingt lagi masa tu masing2 tengah free tak ada buat apa2..jadi saya ni kononnya teringin nak naik katil atas roomate saya..saya pun dengan berani naik la..dengan bangganya dok atas tu sambil sembang2..haa nak turun tu dah rasa lain macam dahh..nak lepaskan kaki tu dia rasa macam tak boleh..macam jauh sangt bawah tu..padahal kawan saya cakap tak ada tinggi mana pun..sampai saya nak pnggil ayah saya la tolong turunkan saya dri situ..hahah lawak btul la..jadi roomate saya la yang tolong saya turun..roomate saya buat macam mana saya dah tak ingat tapi ada la dia suruh pijak dekat sini pastu macam2 la dia suruh buat..thank you roomateku sayang..
Kejadian Cable car, Genting Highland
fuhh yang ni lagi mencabar dari apa yang saya sangkakan..masa naik cable car ni saya pergi rombongan sekolah darjah 6 dengan cikgu sekali..masa cikgu cakap semua kena naik cable car tu saya dah rasa macam nak balik rumah..saya macam nak bagitau cikgu kenapa tak naik atas dengan bas ja..tapi cikgu cakap bila lagi semua nak merasa naik cable car kat sini..bila nak naik tu kan..Allahu cable car tu bila dia dh sampai nak ambik orang tu,kita kena cepat2 naik takut nanti pintu dia akan tutup pastu jalan terus..masa tu kan bwak beg semua cepat2 la masuk dalam tu..bila dh naik tu macam biasa saya sorang ja duduk tegak tak toleh kiri kanan,duduk macam patung mata tutup..yang kawan2 tgh selfie tgok permandangan yang cantik..tiba2 cable car tu stop tgh jalan..perghh time tu saya dah macam hilang kekuatan..tiba2 ada suara dalam cable car tu cakap"jangan takut,sila menikmati pemandangan di sini"hahaha main2 btul laa..punya la nak gugur jantung..
Sesiapa yang gayat macam saya,,kita geng!!haha tapi tak salah kalau kita nak lawan gayat kita tu dengan cuba aktiviti tinggi tu,tapi kalau saya la orang cabar untuk buat aktiviti mcm tu sampai bila2 pun saya tak akan buat..mak saya cakap kalau takut tinggi macam ni macam mana nak naik kapal terbang..saya naik kapal terbaik pun pegang mak saya..hahaha sampai mak saya kata dok diam2 la..tak ada apa pun..
Sekian Kaz_zakiah
No comments:
Post a Comment