Saturday, October 13, 2018

INGIN PERGI KE SANA

Asalamualaikum

Kali ni saya nak kongsi sikit tentang apa itu berangan..haha berangan tak salah kan..kadang2 tu kan ada ja sesetengah orang tu berangan dan akhirnya tercapai apa yang dia nak tu..Alhamdulillah kalau impian saya tercapai..eh eh belum2 apa- apa dh gembira..ok dulu kan masa belajar tak kisah la belajar time sekolah atau universiti,kawan kita mesti tanya,,suatu hari nanti bila kita dah berjaya kita nak pergi jalan mana..dalam kata lain macam bercuti la..tapi ni lebih kepada seorang diri ataupun bersama family..ok saya teringat seorang sahabat ni bertanya kepada saya..."negara mana yang zakiah nak sangat pergi sana?" jawapan dari mulut saya ialah...haa cuba teka..teka la..kalau betul saya bagi satu senyuman yang indah macam bunga rose..


Turki!!

Mesti semua cakap..eh dia ni ada duit ka nak pergi sana..ingat senang ka nak pergi..rilekk! kitkat kan ada..kan saya dah bgitau tadi bila kita dh berjaya baru kita pergi tempat tu..lagi satu punca yang saya suka sangat negara Turki ni sebab saya tgok filem Istanbul Aku Datang tu..Lakonan Tomok dengan Lisa Surihani..perghh sangat cantik view dekat sana..tenang ja rasa kalau dapat pergi sana satu hari nanti..In shaa Allah..Disebabkan saya terlalu sukakan tempat2 menarik di sana..saya pun buat la sedikit research tentang tmpat2 dekat sana..Ayuh kita tengok tempat2 menarik di sana..moh lerr.

1. Masjid Biru..Allahu bersyukurnya kalau dapat pergi sana

ok ni sejarah tentang Masjid Biru..Masjid ini di bina pada tahun 1609 pada zaman Uthmaniah. Ia terletak di sekitar kawasan Sultanahmet. Masjid ini di bina untuk menandingi Hanghia Sofea yang ketika itu terkenal sebagai masjid yang terhormat di Istambul. Sultanahmet membina masjid itu sebagai masjid pertama di zaman beliau sebagai lambang kehebatan empayar Turki. Uniknya masjid ini ada 6 menara ketika pada zaman tersebut semua masjid hanya ada 4 menara sahaja. Reka bentuk masjid juga merupakan gabungan senibina Byzantine serta tradisi islam. Kenapa masjid ini di panggil masjid biru?sebab ia dinamakan masjid biru kerana jubin yang menghiasi bahagian dalam dinding masjid menggunakan warna biru.

2.Grand Bazaar

sesiapa yang suka shopping tu memang best la datang sini..saya cerita sikit tentang Grand Bazaar ni ok..Grand Bazaar merupakan salah satu tempat menarik di Turki dan paling popular untuk pelancong membeli belah. Ia merupakan pasar berbumbung yang tertua di Turki dengan keluasa sebanyak 54000 meter persegi.wow! Di dalam pasar ni boleh dikatakan kesemua barangan yang digemari semua pelancong boleh di dapati.

3.Bosphorus Cruise,woo yang ni saya nak sangat pergi..cantik sangat di sana..

Ni pulak tentang Bosphorus Cruise,kita berpeluang melihat keindahan Istanbul dari laut. Kita akan di bawa melewati Selat Bosphorus yang memisahkan negara Turki dengan negara asia dan eropah. Turki adalah negara Islam yang kedudukannya yang berada di tengah-tengah. Kita juga dapat melihat rumah-rumah penduduk, kubu pertahanan yang di bina askar dulu-dulu serta bangunan lama peninggalan zaman Othmaniah. Istanbul dulu terkenal sebagai sebuah kerajaan yang mempunyai pertahanan laut yang sangat di segani.

Sebenarnya banyak lagi saya nak kongsi..tapi memandangkan dh lewat mlm,,saya terpksa berhenti di sini dulu..haa macam mana semua,ada yang tertarik tak nak pergi Turki..bila kita melancong ke Negara Islam ni lebih memudahkan kita la dari segi makanan,masjid dan sebagainya..

Turki!!mu tunggu saya datang! In shaa Allah.. 

Sekian, Kaz_zakiah

No comments:

Post a Comment